Sunday, November 12, 2006

Azhar Mansor masih beragama Islam – Shahidan Kassim

KANGAR 10 Nov. – Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor masih beragama Islam dan dakwaan kononnya beliau telah menganuti agama lain tidak benar sama sekali.
Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menerima kunjungan Azhar di pejabatnya, di sini hari ini memberitahu, pelayar tersebut yang berasal dari Perlis telah menjelaskan segala-galanya kepada beliau.

Menurutnya, Azhar juga melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam termasuk menunaikan solat waktu dan sembahyang Jumaat, malah mengerjakan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan lalu.

‘‘Khidmat pesanan ringkas (SMS) itu tidak betul, Azhar seorang Islam,” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) ketika merujuk mengenai SMS yang mendakwa Azhar telah menganut agama lain dan cuba mengkristiankan orang Islam di Ipoh baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas menerima kunjungan tersebut, Shahidan berkata, Azhar kini menguruskan perniagaan di Langkawi dan banyak berurusan dengan orang asing yang membuat pelaburan di pulau pelancongan itu.
Ditanya kenapa Azhar sendiri tidak menafikan dakwaan beliau murtad, Menteri Besar menjawab:
‘‘Apa yang orang nafi dalam surat khabar yang orang tidak kata balik. Perdana Menteri nafi pun orang kata... tak, tak betul. Itu Perdana Menteri, dia (Azhar) sebagai orang biasa, bayangkan kalau dia nafi dan orang kata tidak betul.”
Azhar juga katanya, enggan memberi penjelasan berhubung isu SMS baru-baru ini kerana tidak mahu ia disalahertikan dan terus menjadi isu.

Tambahnya, pelayar negara itu juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat tentang penyebaran SMS tersebut dan berserah kepada Allah dalam isu berkenaan.
Perjumpaan tersebut berlangsung kira-kira dua jam dan turut dihadiri oleh Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin.

Bagaimanapun Azhar enggan berjumpa dengan wakil media selepas kunjungan itu dan menurut Shahidan, kerajaan negeri akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan Isnin ini.

‘‘Pejabat Mufti juga tidak menyiasat Azhar, kami hanya berjumpa. Kami tidak pernah tuduh apa-apa pun (terhadap Azhar),” ujarnya.
Mengenai penyebaran dakwaan terhadap Azhar yang dikatakan murtad di internet, beliau mengingatkan bukan semua laporan dalam Internet itu betul, malah beliau sendiri pernah menjadi mangsa seperti itu.

I am just wondering why Azhar would not speak up for himself. Why the statements have to come from his brother, Perlis MB, the Mufti and other parties? Unless Azhar comes out with his own statement on his religious status, people will still be questioning.

2 Comments:

At 4:48 AM, Anonymous Anonymous said...

You wrote:
I am just wondering why Azhar would not speak up for himself. Why the statements have to come from his brother, Perlis MB, the Mufti and other parties? Unless Azhar comes out with his own statement on his religious status, people will still be questioning.

The only reason I can think of why Azhar refuses to speak for himself is because he is a murtad. He has converted himself as a Christian and so refuses to meet the media as he wears a crucifix.

 
At 4:50 PM, Anonymous Anonymous said...

I agree with you. He is in fact a Christian.

 

Post a Comment

<< Home